Segala nukilan yang terpapar adalah nukilan hati ibu kepada anaknya Emylia Erna.
RSS

10 APRIL 2018 SELASA

Emylia telifon pukul 2 lebih. Dia menyatakan  hasratnya untuk pindah sekolah di Kubang Kerian. Nampaknya dia sudah tidak sabar2 lagi menunggu untuk pindah. Bila telifon dia pasti akan bertanya surat dah sampai ke belum? Bila me kata belum lagi, dia agak hampa dan kecewa bunyi nada percakapannya sambil teresak-esak. Kesian dia menunggu dan menunggu sampai bila lagi.

Pukul 3 petang me cuba lagi telefon pkhem dia. Dia kata belum siap lagi. Dia kata dia sudah buat pos laju dan hantar e-mail tapi semua itu belum dijawab oleh pihak sek berasrama di putrajaya.

Pukul 4 petang, Emylia telefon lagi me cakap pada dia, me dah telefon pada cikgu tentang perkara tersebut. Emylia hanya menjawab Ya! sahaja dengan nada sayu. Selepas itu dia meletak genggang telefon dengan perasaan sedih dan sayu serta hampa. Terpaksa tunggu lagi disitu. Merasa dia sudah terlalu tawar hati untuk belajar disitu. Kesian!!

0 comments:

Post a Comment