Pergi jumpa adik pada pukul 2.00 ptg. Sebelum jumpa adik kami singgah solat di musalla Lorong Haji Hussain jalan jeram pasu.
Bawa baju yang Emylia minta, bawa juga tudung hitam, anak tudung, gambar berukuran pasport 5 keping, sabun mandi, sabun basuh kain, syampoo, sedikit biskut.
Mee bawa juga bekalan makanan, nasi, kari ayam, taugeh goreng, ikan goreng, dan buah delima.
Kami makan di padang di bawah pondok pukul 4.30 ptg.
Pada pukul 5.00 ptg adik kata dia kena pergi dewan makan kerana ada majlis makan beradap. Kami hantar dia dekat asrama dia, dan kami pulang ke Kubang Kerian.
Setiap kali nak berpisah Emylia buat drama peluk cium. Muka dia mula berubah, tapi dia tahan saja. Dia pun pergi begitu saja dengan selamba. Bye!
0 comments:
Post a Comment